VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT
SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

Thursday, March 7, 2013

Tamadun Awal Manusia Tingkatan 4 Bab 1


Tamadun Mesir Purba


1.     Berkembang dari petempatan awal zaman Neolitik 10000- 5000SM. Sekitar 3500SM di kaw delta dan tengah Mesir berkembang jadi tamadun awal .

2.     Terbahagi 4 zaman

2.1. Awal 3100 – 2200SM    

2.2. Pertengahan 2040 – 1785Sm

2.3.Empayar 1570 – 1085SM

2.4.Keruntuhan 1085 – 322SM Dikuasai :

2.4.1. Libya 1110 – 947SM ,

2.4.2. Kush 730 – 670SM

2.4.3. Assyria 663 – 609SM

2.4.4. Parsi 525SM

2.4.5. Yunani 332 – 30SM

2.4.6. Rom 30SM

3.     Terletak di tebing Sungai Nil – ada dataran yang subur.

4.     Pusat pentadbiran – Memphis, Thinis, dan Thebs.

5.     Kuasa luar yang pernah jajah – Libya, Kush, Assyria, Parsi, Yunani dan Rom.

 

6.     Proses pembentukan tamadun Mesir Purba

6.1.Bermula dalam zaman logam sejak 5000SM dgn membina sistem perparitan dan pengairan untuk pertanian.

6.2.Kemudian bina peralatan kawalan air dan terusan – tingkatkan kesuburan pertanian.

6.3.Mendirikan petempatan dan berkembang menjadi kampung.

6.4.Perkampungan berkembang jadi bandar dan bergabung bentuk daerah @ nome.

6.5.Nome atau daerah disatukan jadi pusat pentadbiran spt Thebes, Thinis dan Memphis.Salah satunya jadi pusat pentadbiran.

7.     Ciri-ciri petempatan kekal :

7.1.Asas petempatan disatukan oleh Firaun Menes 3200SM. Semua nome disatukan jadi sebuah kerajaan.

7.2.Pusat pentadbiran berpindah ke Memphis dari Thinis – hampir dengan sungai Nil.

7.3.Kemudian berpindanh ke Thebes pd zaman kemuncaknya.

7.4.Menjadi tempat kediaman Firaun.

7.5.Bandar berfungsi sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran. Pelabuhan dijadikan pusat keagamaan dan tumpuan penduduk.

8.     Bentuk dan struktur organisasi :

8.1.Firaun merupakan raja yang berkuasa mutlaq serta dianggap suci

8.2.Jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun.

8.3.Firaun dianggap sebagai tuhan Horus semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat,firaun digelar sebagai Raja Matahari,iaituAmon-Re.

8.4.Firaun juga merupakan ketua pendeta,ketua hakim,pemilik tanah,dan ketua pahlawan.

8.5.Golongan pahlawan menjalankan pentadiran,menjaga keamanan,mengurus dan mengagihkan makanan dan menjadi pegawai,penasihat dan gabenor wilayah yang ditakluki.

8.6.Para rahib dipertanggunjawabkan oleh firaun untuk mantadbir hal keagamaan.

8.7.Jurutulis ditugaskan untuk menulis rekod kerajaan.

8.8.Rakya bebas terdiri daripada petani,pedagang dan artisan.

8.9.Hamba adalah susun lapis masyarakat yang paling bawah.

9.     Sistem Pemerintahan dan peranannya:

9.1.Raja – Ketua dan pemerintahan Mesir Purba.Bergelar Firaun .Perkataan Firaun dari  Yunani Pharaoh – bermaksud rumah yg agong. Merujuk istana dan raja yang memerintah. Berperanan:

9.1.1. Raja berkuasa mutlak

9.1.2. Dianggap sebagai suci dan dianggap sebagai jelmaan tuhan Horus.

9.1.3. Mewarisi pemerintahan secara turun temurun.

9.1.4. Dalam dinasti ke tiga dan empat Firaun digelar Amon Re – Raja Matahari.

9.1.5. Ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim, dan pahlawan.

                             9.1.6. Dibantu golongan bangsawan dalam jalakan pemerintahan, menjaga keamanan, mengurus dan mengagih makanan.

                             9.1.7. Melantik para rahib mentadbir hal keagamaan.

                             9.1.8. Melantik orang awam sebagai jurutulis rekod kerajaan.

                             9.1.9. Firaun Hatshepsut seorang wanita – membina terusan dan menukar padang pasir jadi tanah pertanian yang subur

9.2.Pembesar, Bangsawan, Rahib, Jurutulis, Tuan Tanah

9.2.1.Membantu raja sebagai pegawai, penasihat dan gabenor wilayah.

9.2.2.Rahib mentadbir hal keagamaan.

9.2.3.Jurutulis merekod rekod kerajaan.

 

9.3.Rakyat Bebas – Petani, Pedagang, Artisan

9.4.   Hamba

10. Pengkhususan pekerjaan masyarakat Mesir.

10.1. Terlibat dalam kraftangan seperti penenunan dan pembuatan barangan tembikar dan peralatan.

10.2. Hasil tekstil dan kertas untuk ekspot.

10.3. Perlombongan emas di Nubia.

10.4. Sungai Nil – membolehkan kapal menyusuri dan berlabuh di pelabuhan spt Thebes, Memphis, Fayoun, dan Heliopolis untuk aktiviti perdagangan.

10.5.  Pentadbiran terancang – menarik pedagang Laut Mediterranean dan Laut Merah untuk singgah di Pelabuhan Mesir Purba.

11. Kepercayaan masyarakat Mesir.

11.1.  Berkonsepkan politeisme.

11.2.  Setiap tahun orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan unsur alam seperti Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit) dan Amun (Tuhan Angin).

11.3.  Mempercayai kepada kehidupan selepas mati dan mayat perlu disimpan serta dijaga dengan teliti.

11.4.  Makam mayat dibekalkan dengan barangan kelengkapan harian serta kehidupan selepas mati

12. Ciri-ciri sistem tulisan Mesir Purba:

12.1.  Sistem tulisan hieroglif – tulisan bergambar. Berkembang kepada hieratik – tulisan berangkai kemudian demotik 700SM .

12.2.  Sistem tulisan ini berasaskan kombinasi gambar dan simbol berdasarkan bunyi.

12.3.  Sistem tulisan bertujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan pengutipan cukai.

12.4.  Juga berperanan dalam keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.

Sumbangan Tamadun Mesir Purba


1.     Sumbangan dalam sains dan teknologi.

a. Sumbangan seni bina piramid-dibina Imhotep.

i. Jasa Imhotep – Bina piramid Sakkara.

ii. Dibina untuk Firaun Djoser – Firaun kedua dinasti ketiga.

b.Memperkenalkan teknik pembinaan menggunakan batu bata.

c.Mencipta kertas daripada pokok papyrus.

d.Penciptaan kertas memudahkan penyimpanan khazanah bangsa.

e.Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya iaitu hieroglif.

f.Kemajuan dalam ilmu perubatan melahirkan pengamal perubatan mendapat status yang tinggi dalam masyarakat dan berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.

i.     Dokumen perubatan Mesir Purba  jumpa dalam makan Firaun Khufu. 1600SM.

ii.   Catatan perubatan yang tertua.

g.     Kemajuan dalam bidang perubatan dalam memumiakan mayat.

h.     Tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang fizik,kimia,perubatan dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga ke hari ini.

i.        Penggunaan ilmu matematik digunakan untuk mengawal banjir.

j.        Berjaya mencipta sistem pengairan – menyuburkan kawasan pertanian.

k.     Zaman Firaun Senuustret III – berjaya menebusguna tanah – 123KM dan bina terusan mengairi 10000hektar.

l.        Memperkenalkan kalendar 365 hari , 12 bulan setahun.

m.   Tinggalan bangunan, tulisan, dokumen, dan buku – pembuktian wujud tamadun Mesir Purba.

n.     Pengawalan air nadi tamadun Mesir.

2.     Sumbangan dan penekanan dalam pendidikan.

a.      Diwujudkan untuk kanak-kanak sejak umur rendah – golongan atasan.

b.     Diadakan di rumah ibadat dan dikawal kerajaan.

c.     Tujuan – lahirkan golongan pegawai kerajaan spt jurutulis.

d.     Wujudkan juga ahli sains, geometri, matematik – uruskan hal ehwal pertanian,pengawalan air, pembinaan bangunan, dan piramid.

 

Tamadun Indus


1.     Di lembah Indus disaliri sungai Indus yang berpunca dari Gunung Himalaya dan sekelilingnya.

2.     Dikenali juga sebagai Tamadun Harappa.

3.     Mula muncul pada sekityar tahun 2500SM dan merosot 1800SM.

4.     Kehancuran disebabkan serangan orang Aryan serta bencana alam spt banjir, kemarau, dan gempa bumi.

5.     Dua negara kota Tamadun Indus.

a.      Mohenjo-Daro

b.     Harappa

6.     Proses pmbentukan tamadun Indus spt berikut:

a.      Penduduk nomad di barat laut India membentuk pentempatan kekal di sepanjang sungai Indus.

b.     Kekal kerana adanya sungai Indus – menyediakan sumber air dan tanah yang subur.

c.     Telah meningkatkan hasil pertanian dan menambahkan jumlah penduduk kerana kepandainya menyesuaikan diri dengan alam sekitar.

d.     Sebabkan wujudnya bandar dan yg utama Mohenjo-Daro dan Harappa – bandar pelabuhan penting.

7.     Ciri-ciri keistimewaan Mohenjo-Daro dan Harappa sebagai petempatan kekal

a.      Pembentukan yang terancang dan terbahagi kepada 2 bahagian dan dikelilingi tembok.

i.      Bahagian utama – pusat pentadbiran  dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan utk upacara ritual dan pembersihan.

ii.      Bahagian kedua – kawasan perumahan dan disusun berasaskan blok berbentuk segi empat.

b.     Setiap blok dipisahkan satu rangkaian jalanraya dan lurus. Bersambung antara satu sama lain.

i.      Blok berasaskan  segi empat dan dipisahkan  oleh jalanraya yg lurus dan bersambung.

c.     Perancangan bandar dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan yang diterapkan daripada Tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.

d.     Menggunakan batu bata daripada tanah liat melalui pembakaran suhu yang tinggi.

e.      Ada sistem kumbahan dan saliran yang terancang.

i.      Rumah ada bilik mandi dan tandas.

                                                        ii.      Air kumbahan disalirkan keluar  melalui paip ke longkang.

                                                        iii.      Longkang tidak ditutp terus untuk pembersihan.

                                                        iv.      Bahan buang dihantar ke luar bandar.

f.       Bandar boleh dihubungi melalui sungai. Berfungsi sebagai alat perhubungan.

8.     Ciri-ciri sistem oraganisasi sosial masyarakat Tamadun Indus.

a.      Terbahagi dua golongan:

                                                        i.      Bawahan

I.       Terdiri daripada petani, buruh, dan hamba.

II.    Petani menjalankan aktiviti pertanian dan salurkan sebahagian hasil kepada kerajaan.

III. Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan spt menjaga kebersihan bandar , membina tembok di benteng dan membina terusan.

                                                        ii.      Atasan

I.       Terdiri daripada pendeta dan pedagang.

II.    Pendeta mempunyai pengaruh dan kuasa yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan aspek keagamaan.

III. Mempunyai pengaruh keagamaan – alat dapatkan taat setia golongan bawahan.

9.     Aspek pengkhususan pekerjaan masyarakat Indus dapat dicirikan dengan:

a.      Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi spt perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan.

b.     Aspek perdagangan membabitkan perdagangan luar  dengan Mesopotamia. Dibuktikan dengan penemuan cap mohor di Mespotamia

                                                        i.      Cap mohor diperbuat dari batu lembut ,diukir, dan dipanaskan.

                                                        ii.      Berbentuk segi empat bujur.

                                                        iii.      Lambang pengenalan diri atau kumpulan pedagang.

c.     Hasil perdagangan spt emas, gading, manik, dan hasil pertanian.

d.     Petani mengeluarkan hasil spt barli, kacang dan sebagainya.

e.      Golongan artisan terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan tembikar.

10. Amalan keagamaan dan kepercayaan masyarakat Indus.

a.      Mempunyai satu amalan agama dibuktikan dengan penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan iaitu patung Proto-Siva.

b.     Patung tersebut menunjukkan seseorang sedang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat tiga tanduk di kepelanya yang melambangkan Dewa Brahma,Vishnu dan Siva.

c.     Proto Siva menjadi sangat penting dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu.

d.     Masyarakat dalam tamadun ini juga percaya kepada Tuhan Ibu.

                                                        i.      Dibuktikan dengan penemuan patung wanita.

                                                        ii.      Disembah sebagai lambang kesuburan.

                                                        iii.      Berlaku juga dalam masyarakat Mesopotamia, Asia Kecil, Syria, dan Palestin.

11. Sistem tulisan yang dihasilkan ialah sistem tulisan piktograf.

 

Sumbangan Tamadun Indus


1.     Perancangan bandar – sebab utama kerana:

a.      Terdapat gabungan kepakaran dari sudut perletakan bandar dan pengisiannya.

b.     Pemahaman dalam ilmu geometri.

c.     Pemahaman dalam ilmu kesenian.

d.     Pemahaman dalam ilmu matematik.

e.      Mahir dalam bidang pembinaan.

f.       Pertembungan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir menghasilkan perancangan bandar berbentuk segi empat dengan jalan raya yang lurus.

g.     Meningkatkan mutu pembinaan dengan membuat batu bata melalui pembakaran suhu yang tinggi.

2.     Sifat keterbukaan. Penting kepada kemajuan manusia kerana :

a.      Tamadun Indus memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat tidak akan mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain.

b.     Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun MesirPurba membolehkan kedua-dua pihak memperoleh manfaatnya dalam bentuk pertukaran teknologi.

c.     Hubungan dengan tamadun Mesopotamia membolehkan segala pengaruh dari luar  disesuaikan dengan keadaan tempatan.

i.     Dilihat melalui nama bandar Makan dan Meluhha.

ii.   Makan – Makran

iii. Meluhha – Mohenjodaro.

d.     Tamadun Indus telah menunjukkan kepada masyarakat dunia moden akan sifat keterbukaan dalam proses pembinaan sesebuah tamadun, termasuk keamanan.

e.      Tamadun Indus mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan adalah tunjang kepada sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.  

 

3.     Kematangan ketamadunan manusia – sebab :

a.      Pencapaian cemerlang dalam perancangan bandar.

b.     Menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa.

c.     Pencapaian dalam keseimbangan rohani dan kepercayaan.

d.     Melahirkan masyarakat yang kreatif.

e.      Menghasilkan teknologi yang hebat.

Tamadun Hwang Ho


1.     Terletak dilembah sungai Hwang Ho atau sungai Kuning utara China.

2.     Dinasti awal dalam tamadun Hwang Ho ialah

a.      Dinasti Hsia yang bermula pada sekitar tahun 2205-1766 S.M.

b.     Dinasti Shang pada sekitar tahun 1766-1050 S.M.

c.     Dinasti Chou dari tahun 1050-256 S.M.

3.     Proses pembentukan melalui aspek berikut:

a.      Lembah Hwang Ho yang subur menarik penduduk nomad  untuk tinggal menetap dan membina petempatan.

b.     Tapak Banpo yang berhampiran  bandar Siam moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho.

c.     Penduduk menjalan kan aktiviti pertanian dan penternakan binatang,mengumpul hasil hutan dan berburu.

d.     Perkembangan petempatan awal mewujudkan beberapa buah bandar antaranya Anyang yang menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang.

e.      Semasa Dinasti Chou,tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.

4.     Proses pembentukan negara kota tamadun Hwang Ho ialah

a.      Hwang Ho menyuburkan kawasan – tarik petempatan.

b.     Tapak Banpo ialah petempatan awal.

c.     Asaskan pertanian, penternakan , kutip hasil hutan, memburu .

d.     Berkembang - wujud bandar-bandar dan Anyang menjadi negara kota Dinasti Shang.

i.        Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.

ii.      Ketua pemerintah – Raja , golongan pembesar dan golongan agama tinggal di bandar.

iii.    Dibandar ini terdapat istana,kuil dan pusat pentadbiran  Dinasti Shang.

e.      Dinasti Shang sebar budaya dan luaskan wilayah.

f.       Dinasti Chou sebar hingga Sungai Yangtze.

Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho


1.     Aspek organisasi sosial masyarakat Dinasti Shang ialah

a.   Raja menduduki lapisan teratas diikuti golongan pembesar.

b.  Golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk,mendiami kawasan diluar negara kota ini.

c.   Golongan artisan memiliki kemahiran menguasai teknologi gangsa yang digunakan bagi menghasilkan senjata,perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta peralatan untuk acara keagamaan.

d.  Golongan pembesar yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa menggunakan keistimewaan untuk menundukkan golongan bawahan.

e.   Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba.

2.     Aspek sistem pemerintahan Dinasti Shang  ialah

a.   Sistem pemerintahan berbentuk pemerintahan beraja.

b.  Pengganti raja selalunya dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.

c.   Raja-raja  berkuasa keatas pusat pentadbiran dan mempunyai kewibawaan politik,ekonomi,sosial dan agama.

d.  Mengikut kepercayaan masyarakat kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.

i.        Jika raja adil – kerajaan dan rakyat  makmur dan sejahtera kerana restu Tuhan – jika tidak sebaliknya.

ii.      Percaya Dinasti Shang runtuh kerana zalim.

e.   Raja-raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama.

f.    Raja dibantu oleh golongan basngsawan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya.

g.   Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem dalam tugas seperti pungutan cukai ,pertahanan dan undang-undang.

h.   Kezaliman Raja Shang menunjukkan raja kehilangan mandat menyebabkan golongan hamba menyingkirkan Dinasti Shang untuk diganti dengan Dinasti Chou. Pemerintahan Raja Chou telah

i.        membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini.

ii.      mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia  kepada pemerintahan dan memberikan hadiah seperti kereta kuda,senjata gangsa,hamba dan binatang.

iii.    meminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang.

iv.   memberi hak kpg pembesar tempatan bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan.

v.     Dibantu oleh ketua menteri dan enam badan yg urus

                                                                i.      Pertanian

                                                                ii.      Tentera

                                                                iii.      Kerja awam

                                                                                iv.      Upacara agama

                                                                v.      Hal ehwal monarki

                                                                                vi.      Undang-undang.

vi.   Peringkat wilayah dikendali pembesar feudal.

3.     Ciri-ciri pengkhususan pekerjaan dan  peranan masyarakat .

a.   Golongan pembesar mempunyai tentera masing- masing terdiri daripada tentera berkuda dan tentera berjalan kaki.

b.  Golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan,

c.   Golongan artisan telah mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan,senjata dan barang tembikar.

d.  Golongan hamba berfugsi ;

i.        sebagai tentera paksaan

ii.      membantu kerja-kerja perburuhan

iii.    bagi tujuan koban dalam upacara penyembahan.

4.     Agama dan kepercayaan .

a.   Sebahagiaan masyarakat mengamalkan kepercayaan anismisme dan politisme.

b.  Masyarakat Shang mempercayai politeisme seperti tuhan syurga,tuhan bumi,sungai,bukit dan gunung.

c.   Mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang.

d.  Mereka juga sembah tuhan syurga  (Shang Ti)dan Tuhan Bunyi ( Tu). Sembha juga bukit, sungai, dan gunung.

i.        Shang Ti – Dewa tertinggi di syurga dan  nenek moyang Shang.

ii.      Percaya pada kuasa agung – Tien. – suatu makhluk unggul atau kuasa tertinggi alam semesta atau syurga.

iii.    Konsep ini mempengaruhi Yin dan Yang.

                                                                i.      Alam semesta dan kejadiannya terdiri dari dua unsur.

                                                                ii.      Yin – kuasa pasif

                                                                iii.      Yang – Kuasa aktif

e.   Upacara sembah libatkan permainan muzik,tarian dan upacara korban diketuai oleh bomoh.

f.    Tulang oracle berfungsi bagi meramal keadaan.

i.        Bomoh terlibat dalam upacara penilikan tulang oracle meletakkan di atas unggun api sehingga timbul rekahan untuk maramalkan untuk mentafsir sesuatu kejadian.

ii.      Amalan ini bawa kemunculan sistem tulisan.

5.     Sistem tulisan masyarakat Tamadun Hwang Ho berbentuk

a.   Rekahan tulang oracle mempengaruhi idea penciptaan tulisan.

b.  Tulisan peringkat awal berbentuk ideogram berdasarkan simbol.

c.   Tulisan asal mempunyai gambar seperti kanak-kanak,bulan,matahari dan sungai.

Sumbangan Tamadun Hwang Ho


1.     Aspek Politik

a.      Sistem pemerintahan berbentuk monarki hingga Zaman Dinasti Ching.

b.     Gelaran Raja bertukar jadi Maharaja.

c.     Raja dikatakan anak syurga dan dapat mandat dari syurga.

d.     Pemerintahan Dinasti diteruskan sehingga abad ke 20.

2.     Aspek Ekonomi

a.      Sistem pengairan diperbaharui.

b.      Bina terusan untuk pertanian dan elak banjir.

c.     Teknologi pembajakan dan penciptaan cangkul dan sabit untuk pertanian.

d.     Menggunakan batas .

e.      Maenggunakan alat pertanian daripada kayu kepada besi.

3.     Aspek Sosial

a.      Sistem tulisan  digunakan hingga hari ini.

b.     Tulisan digunakan dalam bidang penulisan dan pencetakan.

c.     Tulisan diajar di sekolah-sekolah di Cina.

d.     Berkembang dan digunakan oleh orang Korea dan Jepun.

4.     Agama dan kepercayaan

a.      Kepercayaan yang masih berkekalan sehingga  hari ini ialah pemujaan roh nenek moyang.

b.     Unsur pemujaan dijalankan sejak zaman Shang, diteruskan mengikut kesesusaian masa dengan unsur korban manusia digantikan dengan unsur makanan,duit kertas dan barang hiasan.

c.     Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini.

                                                        i.      Feng Hsui         =       Dari falsafah Taoisme berlandaskan alam semesta .

                                                        ii.      Rujuk hubungan manusia dan alam.

d.     Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi Yin kuasa pasif dan Yang kuasa aktif.

e.      Feng Hsui merujuk kepada falsafah Taoisme berlandaskan bagaimana manusia berharmoni dengan alam semesta.

f.       Pemerintahan Shang,sistem kalender telah diperkenalkan, terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.

g.     Raja menggunakan kalender untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.

h.     Amalan menggunakan kalender ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan perkuburan atau pengebumian.

i.        Falsafah perang Sun Tzu,- ,The Art of War membicarakan selok- belok perang dan cara menangani musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.

j.        Falsafah tersebut  diaplikasikan dalam urusan perniagaan.