Zaman Prasejarah.
1.Terbahagi kepada 4 tahap atau zaman
a.Zaman Paleolitik
b.Zaman Neolitik
c.Zaman Mesolitik
d.Zaman Logam
2.Pengkajian Zaman PraSejarah dan budayanya dikaji oleh
ahli arkeologi
a.Arkeologi ialah kajian terhadap
i.Artifak – tinggalan barangan yang dicipta oleh manusia
spt pasu, , pinggan mangkuk, tembikar, pisau dll.
ii.Ekofak – tinggalan sisa makanan, tulang dan tumbuhan
iii.Feature – tinggalan spt struktur bangunan, dan lubang sampah
yang tidak dapat diuabah.
3.Petempatan zaman Paleolitik di Malaysia ialah di:
a.Tingkayu
b.Kota Tampan
c.Gua Niah
d.Lenggong
4.Ciri-ciri kehidupan zaman Paleolitik dan Mesolitik
a.Hidup secara nomad iaitu berpindah randah
b.Tinggal di tepi tasik, sungai atau gua.
c.Hidup dalam kelompok keluarga secara berkumpulan.
d.Menyara kehidupan dengan berburu, hasil hutan, dan menangkap ikan.
e.Peralatan yang digunakan lebih kepada fungsi penggunaan. Tidak
kepadanilai estetika dan seni
5.Manusia zaman neolitik lebih bertamadun daripada
Paleolitik dan mesolitik.Buktinya:
a.Kehidupannya mula secara kekal dalam kelompok besar – wujud masyarakat.
b.Menyara diri dengan bercucuk tanam spt menanam padi di China, Non Nok Tha
dan Ban Kao Di Thai, Gua Sireh di Sarawak.
c.Menternak binatang spt menternak biri-biri di Iraq.
d.Penciptaan alat mempunyai pelbagai fungsi.
e.Mencipta tembikar melalui teknik putar spt di Gua Musang.
f.Wujud pengkhususan kerja – banyak masa untuk hasilkan artifak.
g.Berjaya memikirkan cara melebur logam.
h.Sistem tukaran barangan kerana mulai ada lebihan makanan.
i.Sistem barter –
ii.Cengkerang Cowrie atau siput gerus dibentuk jadi
rantai.
6.Masyarakat Neolitik di Timur Dekat
a.Wujud pertanian sejak 8000SM
b.Penternakan biri-biri di Iraq
c.Di China – padi ditanam sejak 8000 tahun lalu
d.Di Asia Tenggara padi ditanama di Non Nok Tha dan Ban Kao di Thailand
3500SM.
e.Di Malaysia padi di Gua Sireh Sarawak – 4500SM
7.Zaman Logam terbahagi kepada Zaman Gangsa dan Zaman
Besi.
a.Di Malaysia wujud sekitar 500SM
b.Gangsa dihasil – campuran tembaga dan timah.
c.Di Eropah – gangsa mula digunakan sekitar 2300SM – 700SM.
d.Tanah Besar Asia Tenggara – Zaman Logam sekitar 1000SM – 1500SM – Bukti
gendang gangsa di Dongson, Vietnam.
8.Manusia zaman Logam lebih maju daripada Paleolitik,Mesolitik,
dan Neolitik.Buktinya berasaskan ciri-ciri berikut:
a.Penggunaan logam besi dan kejayaan mencipta rumah dan perahu.
b.Meneroka lautan dan meningkatkan kegiatan perdagangan maritim.
c.Perkembangan perdagangan bermula di pesisiran pantai dan kemudian lebih
jauh ke daratan.
d.Wujud petempatan besar kepada kota pertahanan.
e.Wujud bandar-bandar besar spt. Jericho (8000SM), Catal Hayuk di Turki (
6500SM).
f.Mengetahui cara mengkebumikan mayat dengan bekalan spt makanan, tembikar
dan besi.
Konsep Tamadun
Tamadun boleh dimaksudkan dengan:
1.Madain atau mudun .
2.Madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan
bandar.
3.Civilisation berasal dari Greek civitas bermakna bandar
4.Peradaban manusia.
5.Maksud tamadun dari sudut Barat:
a.Dikaitkan dengan pembangunan lahirah spt dalam aspek kebudayaan –
penulisan undang-undang, kesenian dan perbandaran.
b.Pencapaian lahiriah ialah kayu ukur kemajuan dalam sesebuah masyarakat.
c.Pembangunan lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun.
6.Maksud tamadun dari sudut Islam:
a.Merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.
b.Ibn Khaldun melihat dari aspek kehidupan bandar.
c.Syed Naquib al-Attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi
dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.
7.Ibn Khaldun – nama sebenar Abd Al Rahman Ibn Muhamad.
a.Lahir – di Tunisia
b.Pemikir yang unggul dan asli sosiologi Islam.
c.Menganggap kehidupan bandar ialah kehidudpan bertamadun. Terbentu apabila
lahir semangat assabiah atau kekitaan – maka lahir semangat tolong menolong dan
kerjasama.
d.Penulisannya – berasaskan pengalaman.
e.Karya sulung Muqadimmah – guna istilah
i.Umran bermakna
tanah yang didiami secara tetap, berkembang dan maju.
ii.Hadarah – hidup di bandar yang penuh
tatasusila, kesopanan, sopan, adan bermoral yang tinggi.
iii.Karyanya jadi rujukan sarjana barat, bidang sosiologi
dan sejarah.
8.Terdapat 6 ciri tamadun iaitu:
a.Petempatan kekal
i.Lebih sistematik, tidak berpindah randah.
ii.Berusaha menternak, bertani, dan mencipta peralatan
bagi meningkatkan pengeluaran.
b.Sistem pemerintahan
i.Pemerintahan yang bersistem dengan Raja sebagai ketua
dianggap mewakili tuhan.
ii.Adanya sistem perundangan yang mengawal perilaku
rakyat, menjaga keamanan dan kemakmuran.
c.Agama dan Kepercayaan
i.Manusia mula percaya ada kuasa ghaib yang mengawal
sekeliling mereka.
ii.Wujud kepercayaan animisme dan kemudian politisme dan
penyembahan tuhan.
d.Kehidupan berorganisasi
i.Wujud lapisan masyarakat yang berperanan spt
Raja,pembesar rakyat.
ii.Dapat aturkan kehidupan yang stabil dan makmur.
e.Pengkhsusan Kerja
i.Mengakibatkan peningkatan pengeluaran.
ii.Berkembangnya pertukaran barangan dan pedagangan.
iii.Wujud ilmu pengetahuan dan penciptaan teknologi.
f.Bahasa dan Sistem Penulisan.
i.Wujudnya bahasa Yunani dan Sanskrit.
ii.Tulisan hieroglif, cuniefom, ideogram dan piktograf.
iii.Tersebar ilmu pengetahuan dan perhubungan.
iv.Digunakan dalam urusan pentadbiran spt penyimpanan rekod, penulisan
undang-undang dan hal keagamaan.
Proses
Pembentukan Tamadun
1.Pembentukan awal tamadun terletak di lembah sungai spt:
a.Tamadun
Mesopotamia di Sungai Euphrates dan Tigris.
b.Tamadun Mesir
Purba di Sungai Nil.
c.Tamadun Indus
di lembah sungai Indus.
d.Tamadun Hwang
Ho di lembah sungai Hwang Ho.
2.Sebab pemilihan lembah sungai sebagai tumpuan tamadun awal:
a.Kesuburan
tanah untuk pertanian.
b.Bekalan air
untuk keperluan harian dan pertanian.
c.Memudahkan
pengangkutan memasarkan barangan dan berhubung.
d.Sumber makanan
daripada tangkapan ikan.
e.Sebagai alat
perhubungan.
Tamadun Mesopotamia
1.Bermaksud tanah di antara dua sungai. Terletak antara Sungai Euphrate dan
sungai Tigris
2.Terbahagi kepada tujuh zaman pemerintahan iaitu:
a.Kerajaan
Sumeria – 3500 – 2340 SM
i.Merujuk wilayah selatan Iraq – Sumir .
ii.Peringkat
awal didiami dua puak – Orang Sumeria dan Orang tidak tahu asal usulnya dan
kecil bilangannya.
b.Kerajaan Akkad
– 2371 – 2006 SM
c.Kerajaan Ur –
2113 – 2006 SM
d.Kerajaan
Babylon Awal dan Lama – 2000 – 1530 SM
e.Kerajaan
Kassites – 1530 – 1100 SM
f.Kerajaan
Assyria – 1100 – 626
SM
g.Kerajaan
Chaldea – 626 – 539
SM
3.Parsi telah menguasai wilayah mesopotamia sehingga menyebabkan keruntuhan
kerajaan tersebut.
4.Proses pembentukan tamadun Mesopotamia melalui proses berikut:
a.Terbahagi
kepada dua bahagian – utara dan selatan Baghdad.
b.Utara Baghdad
meliputi kawasan Sg Tigris ke utara termasuk Sg. Zab yang dikenali Assyria.
c.Selatan
Baghdad meliputi kawasan Sg. Tigris dan Euphrate dikenali Babylon.
d.Bermula di
wilayah selatan iaitu Sumer – org Sumeria bina petempatan – menjalankan aktiviti
pertanian dan bina sistem
pengairan.
e.Perkampungan
awalberkembang jadi kota dan membentuk negara kota spt Kish, Lagash, Uruk, Ur,
Eridu, Assur, dan Mari.
f.Negara kota
ini terletak di sepanjang sungai dan tersusun sistematik.
i.Keluasannya sekitar 1000 batu persegi. Cth Kota Lagash – keluasannya 1800
batu persegi, penduduknya 30000 – 35000 orang.
ii.Setiap negara kota merupakan kerajaan berdaulat – ada unit politik
sendiri.
iii.Hanya bersatu untuk menentang musuh.
5.Ciri-ciri tamadun Mesopotamia.
a.Setiap negara
kota ada ciri tersendiri dan terbahagi kepada beberapa kawasan utama iaitu pusat kota, tembok
kota, luar kota dan pelabuhan.
b.Ada kubu
pertahanan dengan pelbagai pintu gerbang – lambang kekayaan negara kota.
c.Di pusat kota
terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai, dan pasar.
d.Jalanraya
lebar dan lurus.
e.Rumah ibadat
menjadi tumpuan masyarakat dan pusat kota.
f.Ada unit
politik tersendiri dan agamanya.
g.Sungai dan
kawasan tanah pamah memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati dan keldai.
h.Jalan laut
menghubungkan negara kota dengan wilayah sekitarnya.
i. Antara jalan utama ialah yang
hubung Sumeria dan Kota Mari diguna pedagang luar dari Mesopotamia.
6.Organisasi sosial masyarakat Mesopotamia terbahagi dua golongan iaitu
a.golongan
pemerintah
i. Terdiri daripada Raja, Ketua pendeta, ketua Tentera dan orang bangsawan.
b.rakyat.
i.terdiri daripada rakyat bebas,- petani, artisan, dan pedagang.
ii. Hamba – daripada tawanan perang.
7. Raja dalam sistem pemerintahan Mesopotamia berperanan sebagai:
a. Ketua
kerajaan/pemerintah dan dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilik negara
kota, dikenali teokrasi.
b. Ketua tentera
c. Ketua
pendeta/agama
d. Berkuasa
melantik pembesar terutama ahli keluarga dalam memegang jawatan di Zigurat.
e. Berkuasa
dalam bidang ekonomi – pengutipan cukai tanah, hasil pertanian dan perniagaan.
f. Ketua
pemerintahan dan dibantu golongan bangsawan yang ada ikatan kekeluargaan.
g. Masyarakatnya
tidak menyembah raja saebagai tuhan kecuali dalam zaman Raja Naramsin di Akkad
– gelar diri Raja Empat Penjuru Alam.
8. Dalam bidang pengkhususan kerja dapat dilihat melalui aspek:
a. Wujud bila
ada lebihan hasil pertanian. Kesannya – ada petani yang tukar kerja sebagai
petani, artisan, dan peniaga
b. Wujud
perdagangan antarabangsa untuk dapatkan banyak bahan mentah spt logam,kayu -
kayan, emas,dan perak. Ditukarkan dengan hasil pertanian. Dagang dengan lembah
Indus.
c. Wujud
pengusaha tembikar, tekstil, dan alat keperluan.
d. Tukang rumah-
keperluan masyarakat untuk rumah.
e. Rakyat yang
berkhidmat sebagai tentera.
9. Aspek keagamaan dan kepercayaan masyarakat Mesopotamia dapat dilihat
berdasarkan ciri berikut:
a. Mengamalkan
kepercayaan banyak tuhan – politiesme.
b. Raja sebagai
wakil tuhan. Era Raja Naramsin di Akkad – gelar diri Raja Empat Penjuru
Alam.Paksa rakyat sembahnya.
c. Pendeta
ketuai upacara agama di Zigurat.
d. Tidak percaya
kehidupan selepas mati tetapi hanya jatuh ke dalam gua yg penuh debu.
e. Pemerintahan
oleh tuhan atau wakil tuhan berasaskan hukum agama dan bersifat ketuhanan –
teokrasi.
10. Sistem tulisan
a. berasaskan
gambar dan berkembang menjadi simbol dan ditulis pada tanah liat. Gunakan pen
rumput buluh - bentuk pepaku dikenali cuneifom.
b. Wujud
jurutulis
c. Tradisi
kesusasteraan – Epik Gilgamesh
i. kisah Falsafah dan cara hidup masyarakat Mesopotamia. Tentang
kepahlawanan Gilgamesh – ada sifat dua pertiga tuhan, satu pertiga manusia.
Wajah tampan, ada kekuatan dan keberanian. Telah memerintah dan memberikan
perlindungan kepada Kota Uruk.
ii. Ceritakan juga kehidupan yang kekal dan kesaktian.
1. Dalam Perundangan - Sumbangan Raja Hammurabi 1792 – 1750SM.
a. Hammurabi –
Keturunan Amorite , Banyak dirikan negara kota, Pusat pemerintahan di Babylon.
Menakluk Akkad – jadi Raja Mesopotamia.
b. Aspek undang-undang ini dapat
dicirikan dengan:
i. Mengenalkan
Kod Undang-Undang Hammurabi
ii. Berteraskan
hak rakyat terhadap keadilan.
iii. Hukuman
adalah setimpal dengan kesalahan, tetapi berbeza ikut susun lapis masyarakat.
Contoh:
1. Jika
rakyat patah tulang bangsawan – tulangnya akan dipatahkan.
2. Jikan
bangsawan cedera atau patahkan tulang rakyat – hukumannya denda satu wang
perak.
iv. Kod
ini mengandungi 282 undang-undang yang dipahat pada tembok.
v. Dasar
perundangan tamadun Mesopotamia.
vi. Berjaya
mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan
susun lapis masyarakat.
vii. Wujudkan
perpaduan dan mengukuhkan organisasi.
c. Wujudkan empayar Kerajaan Akkad –
empayar pertama di dunia.
i. Raja
Sargon berjaya satukan wilayah kerajaan Sumeria di Selatan Mesopotamia.
ii. Perintis
pembentukan empayar – jadi ikutan Firaun Tutmose III.
d. Telah membantu peradaban Mesopotamia
dan pembentukan masyarakat dari 3000SM hingga 539SM.
2. Sumbangan
dalam aspek tulisan memberikan kelebihan dalam aspek berikut:
a. Melahirkan sistem pendidikan dan
mewujudkan jurutulis.
i. Wujudkan perpustakaan – perpustakaan
diRaja.
1. 22000
tablet – kandung pelbagai penemuan.
2. Antaranya
ilmu perubatan. Surat dan dokumen perniagaan.
3. susunan
peristiwa peperangan ikut urutan sejarah.
b. Pentadbiran dan perniagaan dapat
direkodkan.
c. Urusan jula beli direkod dalam resit,
nota, dan surat kredit.
d. Melahirkan golongan sastera dan
kesusasteraan spt epik Gilgamesh – tertua di dunia menjelaskan falsafah dan
cara hidup orang Mesopotamia.
i. kisah Falsafah dan cara hidup
masyarakat Mesopotamia. Tentang kepahlawanan Gilgamesh – ada sifat dua pertiga
tuhan, satu pertiga manusia. Wajah tampan, ada kekuatan dan keberanian. Telah
memerintah dan memberikan perlindungan kepada Kota Uruk.
ii. Ceritakan juga kehidupan yang kekal
dan kesaktian.
3. Sains
dan teknologi:
a. Perkembangan ilmu astronomi.
b. Perkembangan pencerapan bulan,bulan
dan matahari telah perkembangkan ilmu matematik – sistem mengira perpuluhan,
menambah, menolak, darab, bahagi,punca ganda dua dan ilmu geometri.
c. Astronomi –
guna jalan laut perdagangan dan penerokaan.
d. Penciptaan
kalendar 12 bulan.
e. Perkembangkan
ilmu perubatan – kerajaan Assyria.
f. Penciptaan
roda dan kereta kuda – peperangan atau kegunaan harian.
g. Kincir air –
mengairi kawasan tandus, kawal banjir dan tingkatkan hasil pertanian.
h. Kapal layar
dan pengangkutan beroda menguasai jalan laut dan darat.
i. Perkenalkan
batu bata daripada tanah liat.
j. Dalam seni
bina berjaya:
i. Mencipta
arca dan tiang batu – Cth Zigurat dan patung Raja Gudea
ii. Pembinaan
Taman Gantung Babylon – dibina Raja Chaldea zaman Raja Nebuchadnezzar.
iii. Terdapat
pelbagai jenis pokok dan pokok bunga – ditanam pada binaan bertingkat di bukit
berteres.
No comments:
Post a Comment