Tamadun Mesir Purba
1. Berkembang
dari petempatan awal zaman Neolitik 10000- 5000SM. Sekitar 3500SM di kaw delta
dan tengah Mesir berkembang jadi tamadun awal .
2. Terbahagi
4 zaman
2.1. Awal
3100 – 2200SM
2.2. Pertengahan
2040 – 1785Sm
2.3.Empayar 1570
– 1085SM
2.4.Keruntuhan
1085 – 322SM Dikuasai :
2.4.1. Libya 1110 – 947SM ,
2.4.2. Kush 730 – 670SM
2.4.3. Assyria 663 – 609SM
2.4.4. Parsi 525SM
2.4.5. Yunani 332 – 30SM
2.4.6. Rom 30SM
3. Terletak
di tebing Sungai Nil – ada dataran yang subur.
4. Pusat
pentadbiran – Memphis, Thinis, dan Thebs.
5. Kuasa
luar yang pernah jajah – Libya, Kush, Assyria, Parsi, Yunani dan Rom.
6. Proses
pembentukan tamadun Mesir Purba
6.1.Bermula
dalam zaman logam sejak 5000SM dgn membina sistem perparitan dan pengairan
untuk pertanian.
6.2.Kemudian
bina peralatan kawalan air dan terusan – tingkatkan kesuburan pertanian.
6.3.Mendirikan
petempatan dan berkembang menjadi kampung.
6.4.Perkampungan
berkembang jadi bandar dan bergabung bentuk daerah @ nome.
6.5.Nome atau
daerah disatukan jadi pusat pentadbiran spt Thebes, Thinis dan Memphis.Salah
satunya jadi pusat pentadbiran.
7. Ciri-ciri
petempatan kekal :
7.1.Asas
petempatan disatukan oleh Firaun Menes 3200SM. Semua nome disatukan jadi sebuah
kerajaan.
7.2.Pusat
pentadbiran berpindah ke Memphis dari Thinis – hampir dengan sungai Nil.
7.3.Kemudian
berpindanh ke Thebes pd zaman kemuncaknya.
7.4.Menjadi
tempat kediaman Firaun.
7.5.Bandar
berfungsi sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran. Pelabuhan dijadikan pusat
keagamaan dan tumpuan penduduk.
8. Bentuk
dan struktur organisasi :
8.1.Firaun
merupakan raja yang berkuasa mutlaq serta dianggap suci
8.2.Jawatan
firaun diwarisi secara turun-temurun.
8.3.Firaun
dianggap sebagai tuhan Horus semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat,firaun
digelar sebagai Raja Matahari,iaituAmon-Re.
8.4.Firaun juga
merupakan ketua pendeta,ketua hakim,pemilik tanah,dan ketua pahlawan.
8.5.Golongan
pahlawan menjalankan pentadiran,menjaga keamanan,mengurus dan mengagihkan
makanan dan menjadi pegawai,penasihat dan gabenor wilayah yang ditakluki.
8.6.Para rahib
dipertanggunjawabkan oleh firaun untuk mantadbir hal keagamaan.
8.7.Jurutulis
ditugaskan untuk menulis rekod kerajaan.
8.8.Rakya bebas
terdiri daripada petani,pedagang dan artisan.
8.9.Hamba adalah
susun lapis masyarakat yang paling bawah.
9. Sistem
Pemerintahan dan peranannya:
9.1.Raja – Ketua
dan pemerintahan Mesir Purba.Bergelar Firaun .Perkataan Firaun dari Yunani Pharaoh – bermaksud rumah yg agong.
Merujuk istana dan raja yang memerintah. Berperanan:
9.1.1. Raja berkuasa mutlak
9.1.2. Dianggap sebagai suci dan dianggap sebagai jelmaan tuhan Horus.
9.1.3. Mewarisi pemerintahan secara turun temurun.
9.1.4. Dalam dinasti ke tiga dan empat Firaun digelar Amon Re – Raja
Matahari.
9.1.5. Ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim, dan pahlawan.
9.1.6.
Dibantu golongan bangsawan dalam jalakan pemerintahan, menjaga keamanan,
mengurus dan mengagih makanan.
9.1.7.
Melantik para rahib mentadbir hal keagamaan.
9.1.8.
Melantik orang awam sebagai jurutulis rekod kerajaan.
9.1.9.
Firaun Hatshepsut seorang wanita – membina terusan dan menukar padang pasir
jadi tanah pertanian yang subur
9.2.Pembesar,
Bangsawan, Rahib, Jurutulis, Tuan Tanah
9.2.1.Membantu raja sebagai pegawai, penasihat dan gabenor wilayah.
9.2.2.Rahib mentadbir hal keagamaan.
9.2.3.Jurutulis merekod rekod kerajaan.
9.3.Rakyat Bebas
– Petani, Pedagang, Artisan
9.4. Hamba
10. Pengkhususan pekerjaan
masyarakat Mesir.
10.1. Terlibat
dalam kraftangan seperti penenunan dan pembuatan barangan tembikar dan
peralatan.
10.2. Hasil
tekstil dan kertas untuk ekspot.
10.3.
Perlombongan emas di Nubia.
10.4. Sungai Nil
– membolehkan kapal menyusuri dan berlabuh di pelabuhan spt Thebes, Memphis,
Fayoun, dan Heliopolis untuk aktiviti perdagangan.
10.5. Pentadbiran terancang – menarik pedagang Laut
Mediterranean dan Laut Merah untuk singgah di Pelabuhan Mesir Purba.
11. Kepercayaan masyarakat
Mesir.
11.1. Berkonsepkan politeisme.
11.2. Setiap tahun orang Mesir Purba selalu
dikaitkan dengan unsur alam seperti Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit)
dan Amun (Tuhan Angin).
11.3. Mempercayai kepada kehidupan selepas
mati dan mayat perlu disimpan serta dijaga dengan teliti.
11.4. Makam mayat dibekalkan dengan barangan
kelengkapan harian serta kehidupan selepas mati
12. Ciri-ciri sistem tulisan
Mesir Purba:
12.1. Sistem tulisan hieroglif – tulisan
bergambar. Berkembang kepada hieratik – tulisan berangkai kemudian demotik
700SM .
12.2. Sistem tulisan ini berasaskan
kombinasi gambar dan simbol berdasarkan bunyi.
12.3. Sistem tulisan bertujuan mencatatkan
rekod aktiviti pertanian dan pengutipan cukai.
12.4. Juga berperanan dalam keagamaan dan
amalan ritual kepercayaan.
Sumbangan Tamadun Mesir Purba
1. Sumbangan
dalam sains dan teknologi.
a. Sumbangan
seni bina piramid-dibina Imhotep.
i. Jasa Imhotep – Bina piramid Sakkara.
ii. Dibina untuk Firaun Djoser – Firaun kedua dinasti ketiga.
b.Memperkenalkan
teknik pembinaan menggunakan batu bata.
c.Mencipta
kertas daripada pokok papyrus.
d.Penciptaan
kertas memudahkan penyimpanan khazanah bangsa.
e.Tinggalan
tamadun Mesir Purba kepada dunia adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan
terpahat dalam sistem tulisannya iaitu hieroglif.
f.Kemajuan dalam
ilmu perubatan melahirkan pengamal perubatan mendapat status yang tinggi dalam
masyarakat dan berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.
i. Dokumen
perubatan Mesir Purba jumpa
dalam makan Firaun Khufu. 1600SM.
ii. Catatan
perubatan yang tertua.
g. Kemajuan dalam bidang perubatan dalam
memumiakan mayat.
h. Tahap keilmuan dan kemahiran dalam
bidang fizik,kimia,perubatan dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada
perkembangan ilmu hingga ke hari ini.
i. Penggunaan ilmu matematik digunakan
untuk mengawal banjir.
j. Berjaya mencipta sistem pengairan –
menyuburkan kawasan pertanian.
k. Zaman Firaun Senuustret III – berjaya
menebusguna tanah – 123KM dan bina terusan mengairi 10000hektar.
l. Memperkenalkan kalendar 365 hari , 12
bulan setahun.
m. Tinggalan bangunan, tulisan, dokumen,
dan buku – pembuktian wujud tamadun Mesir Purba.
n. Pengawalan air nadi tamadun Mesir.
2. Sumbangan
dan penekanan dalam pendidikan.
a. Diwujudkan untuk kanak-kanak sejak
umur rendah – golongan atasan.
b. Diadakan di rumah ibadat dan dikawal
kerajaan.
c. Tujuan – lahirkan golongan pegawai
kerajaan spt jurutulis.
d. Wujudkan juga ahli sains, geometri,
matematik – uruskan hal ehwal pertanian,pengawalan air, pembinaan bangunan, dan
piramid.
Tamadun
Indus
1. Di
lembah Indus disaliri sungai Indus yang berpunca dari Gunung Himalaya dan
sekelilingnya.
2. Dikenali
juga sebagai Tamadun Harappa.
3. Mula
muncul pada sekityar tahun 2500SM dan merosot 1800SM.
4. Kehancuran
disebabkan serangan orang Aryan serta bencana alam spt banjir, kemarau, dan
gempa bumi.
5. Dua
negara kota Tamadun Indus.
a. Mohenjo-Daro
b. Harappa
6. Proses
pmbentukan tamadun Indus spt berikut:
a. Penduduk nomad di barat laut India
membentuk pentempatan kekal di sepanjang sungai Indus.
b. Kekal kerana adanya sungai Indus –
menyediakan sumber air dan tanah yang subur.
c. Telah meningkatkan hasil pertanian dan
menambahkan jumlah penduduk kerana kepandainya menyesuaikan diri dengan alam
sekitar.
d. Sebabkan wujudnya bandar dan yg utama
Mohenjo-Daro dan Harappa – bandar pelabuhan penting.
7. Ciri-ciri
keistimewaan Mohenjo-Daro dan Harappa sebagai petempatan kekal
a. Pembentukan yang terancang dan
terbahagi kepada 2 bahagian dan dikelilingi tembok.
i. Bahagian
utama – pusat pentadbiran dan
keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang
digunakan utk upacara ritual dan pembersihan.
ii. Bahagian
kedua – kawasan perumahan dan disusun berasaskan blok berbentuk segi empat.
b. Setiap blok dipisahkan satu rangkaian
jalanraya dan lurus. Bersambung antara satu sama lain.
i. Blok
berasaskan segi empat dan
dipisahkan oleh jalanraya
yg lurus dan bersambung.
c. Perancangan bandar dibantu oleh
kemajuan ilmu geometri dan pembinaan yang diterapkan daripada Tamadun
Mesopotamia dan Mesir Purba.
d. Menggunakan batu bata daripada tanah
liat melalui pembakaran suhu yang tinggi.
e. Ada sistem kumbahan dan saliran yang
terancang.
i. Rumah
ada bilik mandi dan tandas.
ii. Air kumbahan disalirkan keluar melalui paip ke longkang.
iii. Longkang tidak ditutp terus untuk
pembersihan.
iv. Bahan buang dihantar ke luar bandar.
f. Bandar boleh dihubungi melalui sungai.
Berfungsi sebagai alat perhubungan.
8. Ciri-ciri
sistem oraganisasi sosial masyarakat Tamadun Indus.
a. Terbahagi dua golongan:
i. Bawahan
I. Terdiri daripada petani, buruh, dan
hamba.
II. Petani menjalankan aktiviti pertanian
dan salurkan sebahagian hasil kepada kerajaan.
III. Golongan buruh menjalankan kerja
perburuhan spt menjaga kebersihan bandar , membina tembok di benteng dan
membina terusan.
ii. Atasan
I. Terdiri daripada pendeta dan pedagang.
II. Pendeta mempunyai pengaruh dan kuasa
yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan aspek
keagamaan.
III. Mempunyai pengaruh keagamaan – alat
dapatkan taat setia golongan bawahan.
9. Aspek
pengkhususan pekerjaan masyarakat Indus dapat dicirikan dengan:
a. Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi
spt perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan.
b. Aspek perdagangan membabitkan
perdagangan luar dengan
Mesopotamia. Dibuktikan dengan penemuan cap mohor di Mespotamia
i. Cap mohor diperbuat dari batu lembut
,diukir, dan dipanaskan.
ii. Berbentuk segi empat bujur.
iii. Lambang pengenalan diri atau kumpulan
pedagang.
c. Hasil perdagangan spt emas, gading,
manik, dan hasil pertanian.
d. Petani mengeluarkan hasil spt barli,
kacang dan sebagainya.
e. Golongan artisan terlibat dalam
pembinaan dan penghasilan barangan logam dan tembikar.
10. Amalan keagamaan dan
kepercayaan masyarakat Indus.
a. Mempunyai satu amalan agama dibuktikan
dengan penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan iaitu patung
Proto-Siva.
b. Patung tersebut menunjukkan seseorang
sedang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat tiga tanduk di kepelanya
yang melambangkan Dewa Brahma,Vishnu dan Siva.
c. Proto Siva menjadi sangat penting dari
sudut perkaitannya dengan agama Hindu.
d. Masyarakat dalam tamadun ini juga
percaya kepada Tuhan Ibu.
i. Dibuktikan dengan penemuan patung
wanita.
ii. Disembah sebagai lambang kesuburan.
iii. Berlaku juga dalam masyarakat
Mesopotamia, Asia Kecil, Syria, dan Palestin.
11. Sistem tulisan yang
dihasilkan ialah sistem tulisan piktograf.
Sumbangan
Tamadun Indus
1. Perancangan
bandar – sebab utama kerana:
a. Terdapat gabungan kepakaran dari sudut
perletakan bandar dan pengisiannya.
b. Pemahaman dalam ilmu geometri.
c. Pemahaman dalam ilmu kesenian.
d. Pemahaman dalam ilmu matematik.
e. Mahir dalam bidang pembinaan.
f. Pertembungan dengan tamadun
Mesopotamia dan Mesir menghasilkan perancangan bandar berbentuk segi empat
dengan jalan raya yang lurus.
g. Meningkatkan mutu pembinaan dengan
membuat batu bata melalui pembakaran suhu yang tinggi.
2. Sifat
keterbukaan. Penting kepada kemajuan manusia kerana :
a. Tamadun Indus memperlihatkan bahawa
sesebuah masyarakat tidak akan mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat
hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain.
b. Hubungan dengan tamadun Mesopotamia
serta tamadun MesirPurba membolehkan kedua-dua pihak memperoleh manfaatnya
dalam bentuk pertukaran teknologi.
c. Hubungan dengan tamadun Mesopotamia
membolehkan segala pengaruh dari luar disesuaikan
dengan keadaan tempatan.
i. Dilihat
melalui nama bandar Makan dan Meluhha.
ii. Makan – Makran
iii. Meluhha – Mohenjodaro.
d. Tamadun Indus telah menunjukkan kepada
masyarakat dunia moden akan sifat keterbukaan dalam proses pembinaan sesebuah
tamadun, termasuk keamanan.
e. Tamadun Indus mengajar kita bahawa
kedamaian dan keamanan adalah tunjang kepada sesebuah bangsa untuk mencapai
kemajuan dan kecemerlangan.
3. Kematangan
ketamadunan manusia – sebab :
a. Pencapaian cemerlang dalam perancangan
bandar.
b. Menjalankan kegiatan perdagangan
antarabangsa.
c. Pencapaian dalam keseimbangan rohani
dan kepercayaan.
d. Melahirkan masyarakat yang kreatif.
e. Menghasilkan teknologi yang hebat.
Tamadun Hwang
Ho
1. Terletak
dilembah sungai Hwang Ho atau sungai Kuning utara China.
2. Dinasti
awal dalam tamadun Hwang Ho ialah
a. Dinasti Hsia yang bermula pada sekitar
tahun 2205-1766 S.M.
b. Dinasti Shang pada sekitar tahun
1766-1050 S.M.
c. Dinasti Chou dari tahun 1050-256 S.M.
3. Proses
pembentukan melalui aspek berikut:
a. Lembah Hwang Ho yang subur menarik
penduduk nomad untuk
tinggal menetap dan membina petempatan.
b. Tapak Banpo yang berhampiran bandar Siam moden merupakan petempatan
awal penduduk Hwang Ho.
c. Penduduk menjalan kan aktiviti
pertanian dan penternakan binatang,mengumpul hasil hutan dan berburu.
d. Perkembangan petempatan awal
mewujudkan beberapa buah bandar antaranya Anyang yang menjadi pusat kerajaan
Dinasti Shang.
e. Semasa Dinasti Chou,tamadun ini
tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.
4. Proses
pembentukan negara kota tamadun Hwang Ho ialah
a. Hwang Ho menyuburkan kawasan – tarik
petempatan.
b. Tapak Banpo ialah petempatan awal.
c. Asaskan pertanian, penternakan , kutip
hasil hutan, memburu .
d. Berkembang - wujud bandar-bandar dan
Anyang menjadi negara kota Dinasti Shang.
i. Anyang dilengkapi dengan tembok untuk
menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi perkampungan yang didiami oleh
masyarakat petani.
ii. Ketua
pemerintah – Raja , golongan pembesar dan golongan agama tinggal di bandar.
iii. Dibandar
ini terdapat istana,kuil dan pusat pentadbiran Dinasti Shang.
e. Dinasti Shang sebar budaya dan luaskan
wilayah.
f. Dinasti Chou sebar hingga Sungai
Yangtze.
Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho
1. Aspek
organisasi sosial masyarakat Dinasti Shang ialah
a. Raja menduduki lapisan teratas diikuti
golongan pembesar.
b. Golongan petani yang membentuk
sebahagian besar penduduk,mendiami kawasan diluar negara kota ini.
c. Golongan artisan memiliki kemahiran
menguasai teknologi gangsa yang digunakan bagi menghasilkan senjata,perisai dan
hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta peralatan untuk acara
keagamaan.
d. Golongan pembesar yang mampu memiliki
tentera dan senjata gangsa menggunakan keistimewaan untuk menundukkan golongan
bawahan.
e. Golongan paling bawah dalam masyarakat
Shang ialah hamba.
2. Aspek
sistem pemerintahan Dinasti Shang ialah
a. Sistem pemerintahan berbentuk
pemerintahan beraja.
b. Pengganti raja selalunya dilantik
daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.
c. Raja-raja berkuasa keatas pusat pentadbiran dan
mempunyai kewibawaan politik,ekonomi,sosial dan agama.
d. Mengikut kepercayaan masyarakat kuasa
raja merupakan mandat daripada tuhan.
i. Jika raja adil – kerajaan dan
rakyat makmur dan sejahtera
kerana restu Tuhan – jika tidak sebaliknya.
ii. Percaya
Dinasti Shang runtuh kerana zalim.
e. Raja-raja Shang tidak perlu
mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan
pemerintah agama.
f. Raja dibantu oleh golongan basngsawan
yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya.
g. Golongan bangsawan berhak mewujudkan
sistem dalam tugas seperti pungutan cukai ,pertahanan dan undang-undang.
h. Kezaliman Raja Shang menunjukkan raja
kehilangan mandat menyebabkan golongan hamba menyingkirkan Dinasti Shang untuk
diganti dengan Dinasti Chou. Pemerintahan Raja Chou telah
i. membahagikan pemilikan tanah mereka
kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini.
ii. mengikat
pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintahan dan memberikan
hadiah seperti kereta kuda,senjata gangsa,hamba dan binatang.
iii. meminta
melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang.
iv. memberi hak
kpg pembesar tempatan bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara
pengorbanan.
v. Dibantu
oleh ketua menteri dan enam badan yg urus
i. Pertanian
ii. Tentera
iii. Kerja awam
iv. Upacara agama
v. Hal ehwal monarki
vi. Undang-undang.
vi. Peringkat
wilayah dikendali pembesar feudal.
3. Ciri-ciri
pengkhususan pekerjaan dan peranan
masyarakat .
a. Golongan pembesar mempunyai tentera
masing- masing terdiri daripada tentera berkuda dan tentera berjalan kaki.
b. Golongan petani sebagai tonggak
ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan,
c. Golongan artisan telah mencipta
pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan,senjata dan barang
tembikar.
d. Golongan hamba berfugsi ;
i. sebagai tentera paksaan
ii. membantu
kerja-kerja perburuhan
iii. bagi
tujuan koban dalam upacara penyembahan.
4. Agama
dan kepercayaan .
a. Sebahagiaan masyarakat mengamalkan
kepercayaan anismisme dan politisme.
b. Masyarakat Shang mempercayai
politeisme seperti tuhan syurga,tuhan bumi,sungai,bukit dan gunung.
c. Mereka mengamalkan penyembahan roh
nenek moyang.
d. Mereka juga sembah tuhan syurga (Shang Ti)dan Tuhan Bunyi ( Tu).
Sembha juga bukit, sungai, dan gunung.
i. Shang Ti – Dewa tertinggi di syurga
dan nenek moyang Shang.
ii. Percaya
pada kuasa agung – Tien. – suatu makhluk unggul atau kuasa tertinggi alam
semesta atau syurga.
iii. Konsep
ini mempengaruhi Yin dan Yang.
i. Alam semesta dan kejadiannya terdiri
dari dua unsur.
ii. Yin – kuasa pasif
iii. Yang – Kuasa aktif
e. Upacara sembah libatkan permainan
muzik,tarian dan upacara korban diketuai oleh bomoh.
f. Tulang oracle berfungsi bagi meramal
keadaan.
i. Bomoh terlibat dalam upacara penilikan
tulang oracle meletakkan di atas unggun api sehingga timbul rekahan untuk
maramalkan untuk mentafsir sesuatu kejadian.
ii. Amalan
ini bawa kemunculan sistem tulisan.
5. Sistem
tulisan masyarakat Tamadun Hwang Ho berbentuk
a. Rekahan tulang oracle mempengaruhi
idea penciptaan tulisan.
b. Tulisan peringkat awal berbentuk
ideogram berdasarkan simbol.
c. Tulisan asal mempunyai gambar seperti
kanak-kanak,bulan,matahari dan sungai.
Sumbangan Tamadun Hwang Ho
1. Aspek
Politik
a. Sistem pemerintahan berbentuk monarki
hingga Zaman Dinasti Ching.
b. Gelaran Raja bertukar jadi Maharaja.
c. Raja dikatakan anak syurga dan dapat
mandat dari syurga.
d. Pemerintahan Dinasti diteruskan
sehingga abad ke 20.
2. Aspek
Ekonomi
a. Sistem pengairan diperbaharui.
b. Bina terusan untuk pertanian dan
elak banjir.
c. Teknologi pembajakan dan penciptaan
cangkul dan sabit untuk pertanian.
d. Menggunakan batas .
e. Maenggunakan alat pertanian daripada
kayu kepada besi.
3. Aspek
Sosial
a. Sistem tulisan digunakan hingga hari ini.
b. Tulisan digunakan dalam bidang
penulisan dan pencetakan.
c. Tulisan diajar di sekolah-sekolah di
Cina.
d. Berkembang dan digunakan oleh orang
Korea dan Jepun.
4. Agama
dan kepercayaan
a. Kepercayaan yang masih berkekalan
sehingga hari ini ialah
pemujaan roh nenek moyang.
b. Unsur pemujaan dijalankan sejak zaman
Shang, diteruskan mengikut kesesusaian masa dengan unsur korban manusia
digantikan dengan unsur makanan,duit kertas dan barang hiasan.
c. Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui
merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China
sehingga hari ini.
i. Feng
Hsui = Dari falsafah Taoisme berlandaskan
alam semesta .
ii. Rujuk hubungan manusia dan alam.
d. Orang China percaya bahawa alam
semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi Yin
kuasa pasif dan Yang kuasa aktif.
e. Feng Hsui merujuk kepada falsafah
Taoisme berlandaskan bagaimana manusia berharmoni dengan alam semesta.
f. Pemerintahan Shang,sistem kalender
telah diperkenalkan, terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
g. Raja menggunakan kalender untuk
menentukan musim menanam dan musim menuai.
h. Amalan menggunakan kalender ini
diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan
perkuburan atau pengebumian.
i. Falsafah perang Sun Tzu,- ,The Art of
War membicarakan selok- belok perang dan cara menangani musuh telah diulang
cetak ke dalam pelbagai bahasa.
j. Falsafah tersebut diaplikasikan dalam urusan perniagaan.